Tuesday, January 8, 2013

Islam Sebaik-baik Agama

Bismillahirahmannirrahim.....Assalamualaikum semua..:-)

Acu bosan la hari ini..jd x salahkan kalo acu nak berkarya(konon2 nye)..oppss!!hehe...U all semua mcm mana? sihat ke x??x kisah lah sihat ke x ke..yg penting acu nak pesan, solat jangan tinggal ok!!wajib!hehe..
Dalam apa jua keadaan pun berusahalah utk menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya. Jap, tiba-tiba acu teringat sepotong ayat dalam Al Quran,

Allah s.w.t ada berfirman :
    "Wahai org-org yang beriman!Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan 
      janganlah kamu sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beriman"
                                                                                                                  (Surah Ali Imran ; 102)

tepuk dada tanya diri kita masing-masing siapa tu org yg beriman??kepada siapa ayat ni di turun kan??sedarlah kita bahawa setiap kelahiran yg baru itu lahir sebgai orang beriman.tak percaya cakap acu yer?mesti u all heran kan???tak kan lah yg kafir-kafir tu pun baby diorg beriman  kan...mungkin ada sesetengah org pernah dengar atau membaca hadis Rasullullah yg telah di riwayat kan oleh Imam Bukhari;

  "Setiap bayi yang di lahirkan adalah seperti sehelai kain putih, terserah kepada ibubapa nya untuk 
   menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi"

Faham tak apa yg acu tulis ni??hehe..kalo tak faham juga..hhhmmmm...
   "Every child that is born is born as white cloth, its up to parents to mkae him a Jew or a Christian 
     or Zoroastrians"...
ni dia kalo di tukar kat bahasa org putih..maaf le yer kalau ada ejaan yg salah atau ayat x tl..acu bukan pandai ckp org puteh sgt,,hak3..

Jadi janganlah kita ni sesekali meninggal apa yg di perintah oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya. Jangan di kejar dunia sampai u all terlupa akhirat yg bakal menjelma yer..



SELAMAT BERAMAL DAN RENUNG-RENUNGKAN~

Wassalam...:-)

Wednesday, August 1, 2012

Kisah Benar Jadikan Pengajaran & Panduan


Allahuakbar!!Subbahanallah..Maha suci Allah sekalian alam.......


Assalamualaikum semua..apa khabar? Hopefully everything is fine. By the way this is true story from seorang Hamba Allah. Acu just nak berkongsi and I hope x ada yg terasa hati or tersinggung dengan perkongsian acu ini. Yes! isu agama merupakan perkara yg very2 sensitif dan acu sendiri pernah tinggal di Borneo dan mempunyai ramai kawan yg beragama kristian. Ini hanya la perkongsian....

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. 

Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.
Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam.
Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam….
Begitulah ceritanya....jadi apa perasaan semua setelah membaca ini?? Jangan risau acu x tanya apa perasaan korang coz acu sendiri merasakan satu perasaan yang acu tak tau nak gambarkan mcm mana.. Apa-pun semoga ianya menjadi iktibar kita kita daam kehidupan seharian.Sekali lagi acu memohon maaf jika ada yang terasa dan marah Demi Allah acu x ada niat nak menyakitkan hati sesiapa sekali pun. 
Ok la geng2 sekali,(hak3)..  acu ada kerja lain lagi la..lain kali acu post lain punya cerita yer..hehehe..Assalamualaikum :-)
ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!

Monday, July 23, 2012

Perlukah Anda Fikirkan Tiga Tanda-tanda Kiamat ini??...


Assalamualaikum kawan2 sekalian..
Semalam selesai jer solat sunat tahajud acu pun online la mcm biasa...cari2 sesuatu yg barulah...but when acu layan punya layan acu terbuka satu link yang menarik minat acu utk mengatahui apa kah itu...Bila dah setel semua acu dengan yakin utk di kongsikan dengan kawan2 semua :
Ada tiga tanda fenomena dari tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil perhatian sekarang ini oleh umat manusia pada umumnya dan umat Islam khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk dalam kategori tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda besar, namun ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini ialah dalam situasi dimana hampir semua tanda-tanda kecil Kiamat telah muncul. Cuba perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil Kiamat di bawah ini:
  1. Perceraian banyak terjadi
  2. Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
  3. Banyak Quran diberikan hiasan
  4. Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
  5. Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
  6. Berbagai peralatan muzik dimainkan
  7. Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
  8. Perzinaan dilakukan terang-terangan
  9. Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
  10. Orang yang amanah dianggap pengkhianat
  11. Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
  12. Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
  13. Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
  14. Makan riba
Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di atas, jelas kita sudah menjumpai ciri-ciri tersebut di zaman ini. Apabila kita membuka kitab para Ulama yang menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita baca satu per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti setiap satu hadits selesai kita baca kita akan berkata di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!”
Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul kesemuanya, ini bermaksud dunia sekarang ini sedang menunggu kedatangan tanda-tanda besar Kiamat. Oleh itu, dalam waktu terdekat ini kita semua harus bersiap-siap untuk menyambut kedatangan tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat, iaitu diutusnya Imam Mahdi.
Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)
Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Gempa bumi juga silih berganti di serata tempat.
Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda Akhir Zaman yang jelas-jelas harus di ambil berat oleh kita dalam waktu terdekat ini. Kita diperintahkan untuk segera berbai’at dan bergabung ke dalam barisannya sebab episod-episod berikutnya merupakan rangkaian perang yang dipimpin Imam Mahdi untuk menakluk negara-negara yang dipimpin oleh para Mulkan Jabriyyan (Para penguasa yang mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya).
“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah)
Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji Al-Jihad Fi Sabilillah untuk memerdekakan negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh para Mulkan Jabriyyan. Beliau akan mengetuai pembebasan dunia dari penghambaan manusia kepada hanya untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi dengan sistem dan peradaban yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah dari timur hingga ke barat.
Ghazawaat (perang-perang) tersebut akan dimulai dari jazirah Arab kemudian Persia (Iran) kemudian Rom (Eropah dan Amerika) kemudian terakhir melawan pasukan Yahudi yang dipimpin langsung oleh puncak fitnah, iaitu Dajjal. Pasukan Imam Mahdi Insya Allah akan diizinkan Allah untuk meraih kemenangan dalam peperangan tersebut.
“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi Persia dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Rom dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Dajjal dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya.” (HR Muslim)
Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan turun dari langit dihantar oleh dua malaikat di kanan dan kirinya. Menurut hadits-hadits yang ada, Nabi Isa putra Maryam ’alihis-salaam akan datang sesudah pasukan Imam Mahdi selesai memerangi pasukan Rom menjelang menghadapi perang berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada waktu itulah Nabi Isa a.s akan Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk bergabung ke dalam pasukan Imam Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin Allah.
Ketika Imam Mahdi dan pasukannya mendengar khabar bahawa Dajjal telah muncul dan bermerajalela menabur fitnah dan kekacauan di muka bumi, maka Imam Mahdi mengarahkan pasukannya ke kota Damaskus. Ketika pasukan Imam Mahdi menunggu Subuh di sebuah masjid yang terletak di sebelah timur kota Damaskus, tiba-tiba turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua malaikat di menara putih masjid tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan Nabi Isa ’alihis-salaam untuk mengimami sholat Subuh, namun ditolak olehnya dan Nabi Isa ’alihis-salaam menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi imam solat Subuh tersebut sedangkan Nabi Isa ’alihis-salaam menjadi makmum di belakangnya. Subhanallah.
Masjid yang dipercayai tempat turunnya Nabi Isa a.s
“Turunlah Isa putra Maryam ’alihis-salaam. Berkata pemimpin mereka Al-Mahdi: “Mari pimpin solat kami.” Berkata Isa ’alihis-salaam: “Tidak. Sesungguhnya sebahagian mereka pemimpin bagi yang lainnya sebagai penghormatan Allah bagi Umat ini.” (Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu Ash-Shohihah”)
Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda Akhir Zaman ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah yang penuh kezaliman menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan kepemimpinan Imam Mahdi beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.
Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang akan memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di bawah naungan Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya Rabb.
Ok....skang apa iktibar yang korang dapat??acu bukan nak tunjuk acu ini terbaik dari yg terbaik. Cuma acu rasa kita patt saling nasihat menasihati antara sesama muslim....
Assalamualaikum semua..:-)

Friday, July 20, 2012

Jauhkan aku dari ancaman dunia Ya Allah....

Hai kawan-kawan, Assalamualaikum....( x jwb dosa yer)
Tidak dilupakna juga salam 1 Ramadhan bulan yang penuh barakah dari bulan-bulan yang lain. Macammana?puasa x??hehehe...Acu?? jgn la tanya..of coz la acu puasa..malu aihh ngan budak2 kalo x puasa..tapi malu lagi  acu ngan Allah SWT...
Today acu nak share sikit la kejadian 2 hari yang lepas iaitu pada hari khamis yg lepas (19/7/12). Acu ngan brader satu rumah ni dinner la kt Mcd di Tol Sunway . Apa tah buang tabiat kami ni nak mkn jauh2. Padhal kalo nak, dpn rumah tu x sampai 2 minit dah sampai Mcd. Cari angin baru kot..(maybe)..Tapi itu bukan tajuk utama( apatah berapa banyak kali tapi la). story dia mcm elok2 jer acu menikmat burger Mc Chicken di salauti daging ayam yg empuk di banjiri mayonis yg berlemak..(over plak hehehe..) 


acu terdengar suara jeritan org , less then 2 minute pas tu kedengaran bunyi 3 das tembakan. Punya la acu terkejut..ha!! mesti korang nak tau kan apa sebenarnye berlaku..Jap2 acu cari karangan surat khabar la senang..



KUALA LUMPUR: Dua lelaki cedera ditembak apabila cuba melarikan diri daripada ditahan polis di Plaza Tol Sunway dari arah Puchong, dekat sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan selepas mereka dan seorang lagi rakan yang menaiki kereta Honda Civic bertindak mengundurkan kereta sehingga merempuh kenderaan yang dinaiki anggota polis. Beliau berkata, dua daripada tembakan terkena cermin hadapan, mencederakan bahu kiri pemandu, manakala satu lagi tembakan yang mengenai pintu depan turut mencederakan bahagian pinggang penumpang di sebelahnya. 
"Ketika kejadian, anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sedang melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Bandar Kinrara. 

"Polis mengekori kereta itu sehingga ke Plaza Tol Sunway. Bila terlihat sebuah lagi kereta peronda polis cuba menghalang, suspek bertindak merempuh kenderaan di hadapan sebelum berundur dan menghentam kenderaan anggota kami, menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. 

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki ketiga-tiga suspek berumur antara 16 dan 24 tahun itu dipercayai dicuri di Kelana Jaya pada 4 Jun berdasarkan nombor pendaftaran palsu yang digunakan, manakala pemandunya mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan samun dan curi kereta. 

"Dua suspek yang terkena tembakan adalah penganggur manakala seorang lagi rakan mereka didapati masih bersekolah," katanya dan menambah tiada sebarang senjata atau barang kes dijumpai di dalam kenderaan itu. 
Suspek yang cedera berada dalam keadaan stabil di Hospital Serdang dan ketiga-tiga mereka akan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya 

- BERNAMA

Dah hbs baca??itu la cerita nyer..hak3..(padahal kan senang just copy paste je ayt paper ni dari awl td)hak3.. saje jer acu nak kasi gempak sikit. Btw apa yg acu terfikir ialah dunia pada akhir zaman ini. Ya Allah demi wang,  apa pun mereka sanggup lakukan. Cuma acu harap dan berdoa keluarga, saudara2, sahabat2 dan pembaca dan acu sendiri di jauhi daripada ancaman dunia ini..Amin Ya Rabb...
(contoh ancaman dunia)
Ok kawan, itu jer acu sempat kongsi hari ini...next time u all baca blog acu lagi yer..muuuuaaaahhhh!! love all of you..Assalamualaikum...

Thursday, July 19, 2012

Rotate of My Life..:-p

Hello, hello, hello.......Assalamualaikum semua...

Sudah makan?minum?mandi?..banyak pula soalan acu ni.Jap satu lagi yang paling penting dah solat?? Wajib tu..:-)  Today acu nak story la kat semua pasal life acu sejak setahun yg lepas. Memang banyak nak cerita, tapi x la acu nak kongsi semua 'one shoooooot' hak3...secara berperingkat la. Starting dia mcm mana acu ni from seorang pelajar yang malas menjadi seorang pekerja. Carrier Acu start di NZ Wheels Sdn Bhd di mana merupakan salah sebuah anak syarikat NAZA... 
                                             Ala kerja biasa2 jer..jd assistant kat HR department je. Ok what sebagai permulaan.Maklumlah siapa nak ambik kerja kalo siswazah2 like acu ni demand sgt..correct or not?Maafkan acu kalo kata2 acu ni x btl..hehe

(Ni lah slip gaji pertama acu)



Alhamdulillah..acu selesa bekerja di sana walaupun hanya sekadar pekerja kontrak. I learn a lot thing kat sana..dalam diam 4 and half month  acu kat sana. Actually company ni jual dealer tuk jenama Mercedes. Memang betul acu hanya berjawatan kecil kat company ni tapi kat sini lah acu bermula membuat 'connection' yang acu ada skang ni(alamak gaya ckp mcm org penting jer acu skang ni yer)hak3..amin..mudah-mudahan yer mana la taukan..;-p
                                        (Ni time sambutan raya tahun lepas kat NZ Wheels)


Apa lagi acu nak crita yer pasal first job acu ni??gaji??x yah la acu cerita..malu rasaya(jawatan kecil jd pham2 la yer)...hhmmm...ok lah acu rasa itu jer la acu nak story yer..panjang2 kan jadi mengarut plak acu nnt.. lain kali acu sambung2 lagi...like acu bagtau awal2 td la..step by step yer..hehe.
Tunggu. yer......Wassalam..:-)

Wednesday, July 18, 2012

Finally I'm Back!

Assalamualaikum semua..

Ape kabo??hak3..lama kan x dengar cite pasal acu. Biasalah, tiba2 dulu rasa x ada mood dah nak berkarya jd x ada lah update kat blog ni. Now I'm here berkhidmat untuk semua..:-)..Ok la.acu officially mula berkarya semula ada mlm in 18 Julai 2012. So dalam masa terdekat acu akan ceritakan secara terperinci perkambangan acu selama setahun ini..Ok semua..jangan marah yer :-p

Friday, January 21, 2011

Kelas-kelas...bila la nak mula??

Assalamualaiku semua dan salam sejahtera...

Apa kabo???hope semuanya chat-chat belakadisamping keluarga yang tersayang..Bagi yang jauh di perantaun tu..Tak kisah lah di mana kita berada iringan doa itu yang paling utama..:-)
Acu sebenarnya nak cerita kan saat acu boring kat kelas tutorial..yela acu ni kan mls balik bilik kalo setakat gap satu jam jer..
Jd acu masuk la kelas terus...
 
Ni lah keadaan kelas time org x ada.hak3..sunyikan..boring tau acu time ni.awat la diarong selalu datang lewat ke kelas??hak3(padahal acu yang awl)hehe..kelas acu ni x la besar sgt muat n selesa la kalo setakat
15-20 orang di dalamnya..ingat ni kelas tutorial jer..bukan kuliah..Kalau kuliah lain plk besar lagi..hehe.
Tapi pernah hak satu sem ada kuliah kat kelas sebesar ni..sumbat la hampir
60 orang kat dalam nya..matai geng!!panas owh...nasib la kuliah tu bukan 
time petang kalo x 'bau' nya macam-macam ada..hak3..
ok la semua..nampknya kawan-kawan acu yanglain dah sampai..sampai di sini sajer yer acu
sembang pasal kelas ni..(trip2 pelajar cemerlang)hak3..
BTW....thanks 4 read this..:-)
bye......