Friday, July 20, 2012

Jauhkan aku dari ancaman dunia Ya Allah....

Hai kawan-kawan, Assalamualaikum....( x jwb dosa yer)
Tidak dilupakna juga salam 1 Ramadhan bulan yang penuh barakah dari bulan-bulan yang lain. Macammana?puasa x??hehehe...Acu?? jgn la tanya..of coz la acu puasa..malu aihh ngan budak2 kalo x puasa..tapi malu lagi  acu ngan Allah SWT...
Today acu nak share sikit la kejadian 2 hari yang lepas iaitu pada hari khamis yg lepas (19/7/12). Acu ngan brader satu rumah ni dinner la kt Mcd di Tol Sunway . Apa tah buang tabiat kami ni nak mkn jauh2. Padhal kalo nak, dpn rumah tu x sampai 2 minit dah sampai Mcd. Cari angin baru kot..(maybe)..Tapi itu bukan tajuk utama( apatah berapa banyak kali tapi la). story dia mcm elok2 jer acu menikmat burger Mc Chicken di salauti daging ayam yg empuk di banjiri mayonis yg berlemak..(over plak hehehe..) 


acu terdengar suara jeritan org , less then 2 minute pas tu kedengaran bunyi 3 das tembakan. Punya la acu terkejut..ha!! mesti korang nak tau kan apa sebenarnye berlaku..Jap2 acu cari karangan surat khabar la senang..



KUALA LUMPUR: Dua lelaki cedera ditembak apabila cuba melarikan diri daripada ditahan polis di Plaza Tol Sunway dari arah Puchong, dekat sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan selepas mereka dan seorang lagi rakan yang menaiki kereta Honda Civic bertindak mengundurkan kereta sehingga merempuh kenderaan yang dinaiki anggota polis. Beliau berkata, dua daripada tembakan terkena cermin hadapan, mencederakan bahu kiri pemandu, manakala satu lagi tembakan yang mengenai pintu depan turut mencederakan bahagian pinggang penumpang di sebelahnya. 
"Ketika kejadian, anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sedang melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Bandar Kinrara. 

"Polis mengekori kereta itu sehingga ke Plaza Tol Sunway. Bila terlihat sebuah lagi kereta peronda polis cuba menghalang, suspek bertindak merempuh kenderaan di hadapan sebelum berundur dan menghentam kenderaan anggota kami, menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. 

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki ketiga-tiga suspek berumur antara 16 dan 24 tahun itu dipercayai dicuri di Kelana Jaya pada 4 Jun berdasarkan nombor pendaftaran palsu yang digunakan, manakala pemandunya mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan samun dan curi kereta. 

"Dua suspek yang terkena tembakan adalah penganggur manakala seorang lagi rakan mereka didapati masih bersekolah," katanya dan menambah tiada sebarang senjata atau barang kes dijumpai di dalam kenderaan itu. 
Suspek yang cedera berada dalam keadaan stabil di Hospital Serdang dan ketiga-tiga mereka akan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya 

- BERNAMA

Dah hbs baca??itu la cerita nyer..hak3..(padahal kan senang just copy paste je ayt paper ni dari awl td)hak3.. saje jer acu nak kasi gempak sikit. Btw apa yg acu terfikir ialah dunia pada akhir zaman ini. Ya Allah demi wang,  apa pun mereka sanggup lakukan. Cuma acu harap dan berdoa keluarga, saudara2, sahabat2 dan pembaca dan acu sendiri di jauhi daripada ancaman dunia ini..Amin Ya Rabb...
(contoh ancaman dunia)
Ok kawan, itu jer acu sempat kongsi hari ini...next time u all baca blog acu lagi yer..muuuuaaaahhhh!! love all of you..Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment