Monday, July 23, 2012

Perlukah Anda Fikirkan Tiga Tanda-tanda Kiamat ini??...


Assalamualaikum kawan2 sekalian..
Semalam selesai jer solat sunat tahajud acu pun online la mcm biasa...cari2 sesuatu yg barulah...but when acu layan punya layan acu terbuka satu link yang menarik minat acu utk mengatahui apa kah itu...Bila dah setel semua acu dengan yakin utk di kongsikan dengan kawan2 semua :
Ada tiga tanda fenomena dari tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil perhatian sekarang ini oleh umat manusia pada umumnya dan umat Islam khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk dalam kategori tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda besar, namun ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini ialah dalam situasi dimana hampir semua tanda-tanda kecil Kiamat telah muncul. Cuba perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil Kiamat di bawah ini:
  1. Perceraian banyak terjadi
  2. Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
  3. Banyak Quran diberikan hiasan
  4. Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
  5. Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
  6. Berbagai peralatan muzik dimainkan
  7. Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
  8. Perzinaan dilakukan terang-terangan
  9. Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
  10. Orang yang amanah dianggap pengkhianat
  11. Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
  12. Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
  13. Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
  14. Makan riba
Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di atas, jelas kita sudah menjumpai ciri-ciri tersebut di zaman ini. Apabila kita membuka kitab para Ulama yang menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita baca satu per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti setiap satu hadits selesai kita baca kita akan berkata di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!”
Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul kesemuanya, ini bermaksud dunia sekarang ini sedang menunggu kedatangan tanda-tanda besar Kiamat. Oleh itu, dalam waktu terdekat ini kita semua harus bersiap-siap untuk menyambut kedatangan tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat, iaitu diutusnya Imam Mahdi.
Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)
Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Gempa bumi juga silih berganti di serata tempat.
Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda Akhir Zaman yang jelas-jelas harus di ambil berat oleh kita dalam waktu terdekat ini. Kita diperintahkan untuk segera berbai’at dan bergabung ke dalam barisannya sebab episod-episod berikutnya merupakan rangkaian perang yang dipimpin Imam Mahdi untuk menakluk negara-negara yang dipimpin oleh para Mulkan Jabriyyan (Para penguasa yang mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya).
“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah)
Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji Al-Jihad Fi Sabilillah untuk memerdekakan negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh para Mulkan Jabriyyan. Beliau akan mengetuai pembebasan dunia dari penghambaan manusia kepada hanya untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi dengan sistem dan peradaban yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah dari timur hingga ke barat.
Ghazawaat (perang-perang) tersebut akan dimulai dari jazirah Arab kemudian Persia (Iran) kemudian Rom (Eropah dan Amerika) kemudian terakhir melawan pasukan Yahudi yang dipimpin langsung oleh puncak fitnah, iaitu Dajjal. Pasukan Imam Mahdi Insya Allah akan diizinkan Allah untuk meraih kemenangan dalam peperangan tersebut.
“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi Persia dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Rom dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Dajjal dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya.” (HR Muslim)
Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan turun dari langit dihantar oleh dua malaikat di kanan dan kirinya. Menurut hadits-hadits yang ada, Nabi Isa putra Maryam ’alihis-salaam akan datang sesudah pasukan Imam Mahdi selesai memerangi pasukan Rom menjelang menghadapi perang berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada waktu itulah Nabi Isa a.s akan Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk bergabung ke dalam pasukan Imam Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin Allah.
Ketika Imam Mahdi dan pasukannya mendengar khabar bahawa Dajjal telah muncul dan bermerajalela menabur fitnah dan kekacauan di muka bumi, maka Imam Mahdi mengarahkan pasukannya ke kota Damaskus. Ketika pasukan Imam Mahdi menunggu Subuh di sebuah masjid yang terletak di sebelah timur kota Damaskus, tiba-tiba turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua malaikat di menara putih masjid tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan Nabi Isa ’alihis-salaam untuk mengimami sholat Subuh, namun ditolak olehnya dan Nabi Isa ’alihis-salaam menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi imam solat Subuh tersebut sedangkan Nabi Isa ’alihis-salaam menjadi makmum di belakangnya. Subhanallah.
Masjid yang dipercayai tempat turunnya Nabi Isa a.s
“Turunlah Isa putra Maryam ’alihis-salaam. Berkata pemimpin mereka Al-Mahdi: “Mari pimpin solat kami.” Berkata Isa ’alihis-salaam: “Tidak. Sesungguhnya sebahagian mereka pemimpin bagi yang lainnya sebagai penghormatan Allah bagi Umat ini.” (Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu Ash-Shohihah”)
Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda Akhir Zaman ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah yang penuh kezaliman menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan kepemimpinan Imam Mahdi beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.
Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang akan memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di bawah naungan Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya Rabb.
Ok....skang apa iktibar yang korang dapat??acu bukan nak tunjuk acu ini terbaik dari yg terbaik. Cuma acu rasa kita patt saling nasihat menasihati antara sesama muslim....
Assalamualaikum semua..:-)

Friday, July 20, 2012

Jauhkan aku dari ancaman dunia Ya Allah....

Hai kawan-kawan, Assalamualaikum....( x jwb dosa yer)
Tidak dilupakna juga salam 1 Ramadhan bulan yang penuh barakah dari bulan-bulan yang lain. Macammana?puasa x??hehehe...Acu?? jgn la tanya..of coz la acu puasa..malu aihh ngan budak2 kalo x puasa..tapi malu lagi  acu ngan Allah SWT...
Today acu nak share sikit la kejadian 2 hari yang lepas iaitu pada hari khamis yg lepas (19/7/12). Acu ngan brader satu rumah ni dinner la kt Mcd di Tol Sunway . Apa tah buang tabiat kami ni nak mkn jauh2. Padhal kalo nak, dpn rumah tu x sampai 2 minit dah sampai Mcd. Cari angin baru kot..(maybe)..Tapi itu bukan tajuk utama( apatah berapa banyak kali tapi la). story dia mcm elok2 jer acu menikmat burger Mc Chicken di salauti daging ayam yg empuk di banjiri mayonis yg berlemak..(over plak hehehe..) 


acu terdengar suara jeritan org , less then 2 minute pas tu kedengaran bunyi 3 das tembakan. Punya la acu terkejut..ha!! mesti korang nak tau kan apa sebenarnye berlaku..Jap2 acu cari karangan surat khabar la senang..



KUALA LUMPUR: Dua lelaki cedera ditembak apabila cuba melarikan diri daripada ditahan polis di Plaza Tol Sunway dari arah Puchong, dekat sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan selepas mereka dan seorang lagi rakan yang menaiki kereta Honda Civic bertindak mengundurkan kereta sehingga merempuh kenderaan yang dinaiki anggota polis. Beliau berkata, dua daripada tembakan terkena cermin hadapan, mencederakan bahu kiri pemandu, manakala satu lagi tembakan yang mengenai pintu depan turut mencederakan bahagian pinggang penumpang di sebelahnya. 
"Ketika kejadian, anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sedang melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Bandar Kinrara. 

"Polis mengekori kereta itu sehingga ke Plaza Tol Sunway. Bila terlihat sebuah lagi kereta peronda polis cuba menghalang, suspek bertindak merempuh kenderaan di hadapan sebelum berundur dan menghentam kenderaan anggota kami, menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. 

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki ketiga-tiga suspek berumur antara 16 dan 24 tahun itu dipercayai dicuri di Kelana Jaya pada 4 Jun berdasarkan nombor pendaftaran palsu yang digunakan, manakala pemandunya mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan samun dan curi kereta. 

"Dua suspek yang terkena tembakan adalah penganggur manakala seorang lagi rakan mereka didapati masih bersekolah," katanya dan menambah tiada sebarang senjata atau barang kes dijumpai di dalam kenderaan itu. 
Suspek yang cedera berada dalam keadaan stabil di Hospital Serdang dan ketiga-tiga mereka akan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya 

- BERNAMA

Dah hbs baca??itu la cerita nyer..hak3..(padahal kan senang just copy paste je ayt paper ni dari awl td)hak3.. saje jer acu nak kasi gempak sikit. Btw apa yg acu terfikir ialah dunia pada akhir zaman ini. Ya Allah demi wang,  apa pun mereka sanggup lakukan. Cuma acu harap dan berdoa keluarga, saudara2, sahabat2 dan pembaca dan acu sendiri di jauhi daripada ancaman dunia ini..Amin Ya Rabb...
(contoh ancaman dunia)
Ok kawan, itu jer acu sempat kongsi hari ini...next time u all baca blog acu lagi yer..muuuuaaaahhhh!! love all of you..Assalamualaikum...

Thursday, July 19, 2012

Rotate of My Life..:-p

Hello, hello, hello.......Assalamualaikum semua...

Sudah makan?minum?mandi?..banyak pula soalan acu ni.Jap satu lagi yang paling penting dah solat?? Wajib tu..:-)  Today acu nak story la kat semua pasal life acu sejak setahun yg lepas. Memang banyak nak cerita, tapi x la acu nak kongsi semua 'one shoooooot' hak3...secara berperingkat la. Starting dia mcm mana acu ni from seorang pelajar yang malas menjadi seorang pekerja. Carrier Acu start di NZ Wheels Sdn Bhd di mana merupakan salah sebuah anak syarikat NAZA... 
                                             Ala kerja biasa2 jer..jd assistant kat HR department je. Ok what sebagai permulaan.Maklumlah siapa nak ambik kerja kalo siswazah2 like acu ni demand sgt..correct or not?Maafkan acu kalo kata2 acu ni x btl..hehe

(Ni lah slip gaji pertama acu)



Alhamdulillah..acu selesa bekerja di sana walaupun hanya sekadar pekerja kontrak. I learn a lot thing kat sana..dalam diam 4 and half month  acu kat sana. Actually company ni jual dealer tuk jenama Mercedes. Memang betul acu hanya berjawatan kecil kat company ni tapi kat sini lah acu bermula membuat 'connection' yang acu ada skang ni(alamak gaya ckp mcm org penting jer acu skang ni yer)hak3..amin..mudah-mudahan yer mana la taukan..;-p
                                        (Ni time sambutan raya tahun lepas kat NZ Wheels)


Apa lagi acu nak crita yer pasal first job acu ni??gaji??x yah la acu cerita..malu rasaya(jawatan kecil jd pham2 la yer)...hhmmm...ok lah acu rasa itu jer la acu nak story yer..panjang2 kan jadi mengarut plak acu nnt.. lain kali acu sambung2 lagi...like acu bagtau awal2 td la..step by step yer..hehe.
Tunggu. yer......Wassalam..:-)

Wednesday, July 18, 2012

Finally I'm Back!

Assalamualaikum semua..

Ape kabo??hak3..lama kan x dengar cite pasal acu. Biasalah, tiba2 dulu rasa x ada mood dah nak berkarya jd x ada lah update kat blog ni. Now I'm here berkhidmat untuk semua..:-)..Ok la.acu officially mula berkarya semula ada mlm in 18 Julai 2012. So dalam masa terdekat acu akan ceritakan secara terperinci perkambangan acu selama setahun ini..Ok semua..jangan marah yer :-p